Wednesday, March 14, 2012

Minta tenang dalam sesak

Bismillahirrahmanirahim...
Siapa sangka taqdir Allah begini n begitu..siapa sangka dulunya damai kini hati bagai berperang...amanah dipikul...tanggungjawab digalas....bahu kecil menanggung beban...tidak cukup kapasiti hatinya maahu berfikir itu dan ini...sesak jiwanya dengn kejadian manusia dan alam semesta..bnyak hujan taqdir yang berbeza perlu difahami karakternya..
Sungguh..damai itu mula hilang jika hati sekejap alpa....bahawa..yang memberi amanah itu Yang Esa..yg digalas itu amanahNya....biarpun yg berlalu itu masa peribadi miliknya..biarpun yg hilang itu senyuman manisnya...biarpun yg digantinya hanya percikan air mata...namun semua itu tetap tugasnya....
Betapa bnyak agenda dibawa dengn sat hasrat dan misi yg sama...Allah didepankan daripada segalanya...tuntutan dunia adalah wasilah menuju redhaNya....kesesakan dunia kerana tuntutan akhirat mencari bicara...segelintirnya minda hampir pecah dek wasilah dunia..sedangkan yg didamba hanyalah akhirat semata....maka dimana doanya..minta secebis ketenangan dalam kesibukan dunia menuju akhirat.
selama mana mahu merasa sesak kerana agama? kerana yang pasti tiada yg sesak dalamnya walaupun tiada masa untuk berkelip mata....jika sesak dihiasi tenang mengolahnya..maka indah jawapannya...leburlah hati setiap kali menjunjung agamaNya...kerana pasti hatinya di akhirat sana kan cantik berseri kerana leburan itu...mintalah padaNya..semoga tenang sentiasa menjadi tenang...
zinnirah clear

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ka'bah Night | powered by Blogger | created from Minima retouched by ics - id