Sunday, November 28, 2010

~Ya Allah


Ya Allah...
Dikala ini..ku titipkan rasa rasa kehambaanku padaMu
Kerdilnya diriku disisiMu..
Ku rasakan bumi ini cukup besar bagiku
Sehingga x terdaya kakiku melangkah lebih jauh..
Namun,ku sedar..besar bagiku..tidak bermakna besar bagiMu.
Ya Allah...
Tempatku berpijak bagaikan sebutir debu di angkasa
x membawa erti dan makna..
manakan bisa ku berdiri dengan penuh kesombongan dan keangkuhan.
sedangkan tiada ape pun kepunyaanku..
Ya Allah..
Kau sentiasa disisi,namun sering kali x ku sedari,
Ingin sekali,ku bebaskan minda ini,
kubuang hati yang penuh kekotoran ini,
supaya dapatku lebih mengenaliMU,
Kerana kekotoran yang mula menjalar dalam diri inilah,
yang membuatku semakin jauh darimu..
Ya Allah...
Hanya padaMu ku bersujud,
ku mohon,ku pinta Kau rahmatilah hidupku,
Kerana ingin sekali ku berteduh dibawah bayangan kasihMU...

nukilan hamba:zinnirahclear:

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ka'bah Night | powered by Blogger | created from Minima retouched by ics - id