Sunday, November 21, 2010

Penjagaan Allah terhadap Makhluknya

Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Tirmiidzi dan Ahmad disebutkan bahawa Ibnu Abbas r.a berkata:makasudnya
"Aku dibonceng Rasulullah s.a.w.(diatas untanya),lalu baginda berkata"Wahai anak, sesungguhnya aku akn mengajarkan kpdamnu beberapa kalimat, jagalah Allah,nescaya Dia akan menjagamu,jagalah Allah nescaya kamu akan mendapatiNYA dihadapanmu(dengan pertolongannya),jika kamu meminta,mintalah daripadaNya,dan jika kamu memohon pertolngan ,mohonlah daripadaNya.
Ingatlah bahawa seluruh manusia sedang membantu untuk memberimu sesuatu yang bermanfaaat,nescaya mereka tidak akan dapat melakukanNya,kecuali terhadap apa yang telah ditetapkan Allah untukmu,dan sedandainya mereka bersepakat untuk menimpakan bahaya atasmu, nescaya mereka tidak akn dapat melakukannya kecuali pada apa yang telah ditetapkan Allah atas dirimu.Pena telah diangkat dan lembaran catatan telah kering"
Dalam Musnadnya Imam Ahmad ada menambahkan:
Ertinya:
"Dan sesungguhnya pertolongan ada bersama kesabaran,jalan keluarada bersama kesukaran dan bersam kesukaran ada kemudahan"

Ini merupakan wasiat Rasullulah kepada umat manusia yang terdahulu dan yang akan datang.
Sesetengah orang soleh ada yang berkata"Jika kamu ingin berwasiat(memberi nasihat)kepada temanmu,atau saudaramu,nescaya Allah akan menjagamu"
Salah seorang ulama' berkata "Aku renungkan hadith ini, maka aku hampir tidak sedar kebingungan kerana kandunagn maknanya yang mat agung"
Oleh keran aitu pula Sulaiman bin Daud a.s.berkata "Aku mempelajari apa-apa yang dipelajari manusia dan yang tidak dipelajari mereka,namun aku tidak mendapat(yang lebih mulia)dari penjagaan Allah baik dalam keadaan tersembunyi atau dilihat."
Hadith ini tidak ditujukan untuk kelompok manusia tertentu,tetapi ditujukan untuk para raja,para amir,para pegawai,para doktor,para jurutera,kalangan ahli perniagaan,para petani,kalangan tentera,lelaki dan wanita.
Allah yang menciptakan makhlukNya dan Dialah yang menjaga dan menguruskannya. Maka tidak ada satu binatang melata pun dimuka bumi melainkan atas Allah jaminan rezekinya.
Allah s.w.t. berfirman:
"Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang diantara para penyayang."(yusuf 64)
Ada orang melihat burung pipit terbang dari satu pohon ke satu pohon yang lain sambil membawa sepotong daging dimulutnya. Lalu daging itu diangkut keatas pohon kurma. Orang itu lalu naik ke atas pohon kurma tersebut dan disana dia melihat seekor ular buta dan sudah tua. Ketika burung pipit mendekatinya.dia membisikkkan,lalu ular itu membuka mulutnya dan dimasukkan daging tadi ke dalamnya. Begitulah seekor ular mendapat rezekinya diatas pohon kurma dari seekor burung pipit padahal dia buta!
Jadi siapakah yang mengajarkan burung itu? Dialah Tuhan yang Maha Esa, Dialah Rabbnya burung!Siapakah yang memberikan rezeki kepada ular ?Diala Zat yang Maha Hidup dan terus menguruskan makhlukNYA,Dialah Rabbnya ular itu!
Allah s.w.t berfirman:
"Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allahlah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya ditulis dalam kitab yang nyata(Lauhul Mahfuzh)."
Allah menjaga hambaNya yang menjagaNya dalam berbagai keadaan dan situasi dan tidak ada seorang pun yang dapat mengiranya.
Allah menjaganya dalam urusan agamanya, dan itulah sesuatu yang paling berharga bagi seorang muslim. Allah menjaganya dalam urusan dunianya dari pelbagai keburukan dan menunduk untuknya semua makhlukNya.
Ramai orang yang tidak sedar akan penjagaan Allah dalam urusan agamanya seringkali tidak difikirkan,walaupun perkara itu merupakan sesuatu yang amat penting. Allah menjaga hatinya daripada syubhat dan keraguan. Allah menjaganya daripada kemusyrikan dan kemunafikan. Allah menjaganya dari kebingungan dan kebimbangan dari prinsip asing yang merosakkan. Sementara semua manusia di sekelilingnya tidak tahu arah tujuan dan matlamat hidup. Sedangkan Dia Allah telah menjaganya, sehingga tahu jalan kebaikkan dan kebahagiaan.
Ketika menghadapi kematian ia dijaga oleh Allah(sakaratul maut),waktu dia akan berpisah dengan dunia, diamana itulah saat yang amat sukar keran syaitan amat berkeinginan untuk menyesatkannya.Namun seorang mukmin yang jujur diteguhkan oleh Allah dengan kalimat yang benar,"la ilaha illallah muhammadur Rasulullah"
Betapa ramai orany yang menyia-nyiakan batasan Allah!waktu maut akan menjemput,lisan mengkhianatinya,dia tidak mampu mengucapkan kalimat syahadah,lalu dia menyesal dan meratapi semua yang dibuatnya,padahal tidak ada lagi waktu penyesalan. Perkara itu disebabkan,dia tidak menjaga Allah,maka Allah pun tidak menjaganya.Maka dia pun rugi didunia dan akhirat dan itulah kerugian yang amat besar!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ka'bah Night | powered by Blogger | created from Minima retouched by ics - id