Tuesday, November 30, 2010

Ad-Din


Alhamdulillah..kerana masih lagi diberi nikmat untuk trus bernafas pada hari ni..dan insyaAllah..akan sy truskn perjuangan untk trus istiqamah untk mmberi pengisian yg terbaek buat blog ni...walaupun dari pndangan mata,tiada pa yg mnarik tntang blog ni..cantik pon x..hnya blog seorang amatur...bw nk bertatih dalam mnulis..tpi kalau x dimulakan nk bertatih pon x pandai..betol x??Menyedut isi-isi blogger laen dan mnghadamkannya dalam erti kata laen tidaklah salah bagi sy..tapi..tekad sy disini berlainan..sy ingin orang laen mnyedut pengisian yg sy berikan..walaupun x seberapa indah..maknanya x seberapa mendalam..tpi cukuplah sekadar untuk santapan kerohanian...
Sekadar perkongsian bersama tentang satu kisahorang-orang soleh yang amat menakjubkan yang dituturkan dengan indahnya sebagaimana yang dikisahkan Allah dalam Al-Quran .Secara dasarnay kisah ni mnceritakan tentang ramai orang-orang soleh mndapat musibah pada tubuhnya.
Para ulama',ahli sejarah dan para penulis biografi tokoh menulis sejarah hidup Urwah bin Az-Zubair.Dalam biografinya Allah ingin mengangkat darjatnya disisiNya,lalu Dia mencampakkan dan menimpakan ujian kepadanya di mana di tengah perjalanan menuju ke negeri Syam ia terkena penyakit gatal di kakinya.Para doktor yang datng sepakat mengatakan"kami kan memotong kakimu dari tapaknya."Dia berkata."Saya akan bersabar dan tidak ingin dipotong."Lalu penyakitnya merebak ke betisnya dan doktor pun berkata."Kami akan memotong dari betis."Dia berkata."saya akan bersabar dan tidak ingin dipotong."Akirnya penyakitnya merebak hingga ke paras peha dan kembali para doktor berkata."Tidak ada cara lain selain dari kakimu dipotong.Klau tidak dipotong ia akan mengancam nyawa."Dia menjawab."Allahlah tempat memohon pertolongan dan kami adalah milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali."
Doktor memberitahunya."Anda perlu meminum arak sebelum ia dipotong."Dia berkata."Subhanallah, akal yang diberikan Rabbku kepadaku adakah patut aku hilangkan dengan minuman keras?Demi Allah tidak!aku akan wuduk terlebih dahuludan setelah itu kamu boleh memotongnya."
Dia lalu berwuduk dan menghadap kiblat.Kemudian dia solat dan dalam solatnya dia bermunajat kepada Rabb keagungan. Dia membaca ayat-ayat Al-Quran yang jelas dengan sepenuh jiwanya.Lalu para doktor datng dengan membawa gergaji dan memotong kakinya.Ketika darah banyak terkeluar dia jatuh pengsan di wajahnya dan beberapa waktu kemudian dia tersedar.Mereka berkata."Semoga Allah memperbaiki kesabaranmu atas kepergian anakmu yang mati terpijak tunggangan khalifah."
Subhanallah,ketika dia pengsan,anaknya tepijak oleh tunggangan khalifah!Lihatlah kelembutan Allah dan hikmahNya dalam menetapkan takdir!
Urwah bin Zubair berkata."Al-Hamdulillah,inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Ya Allah hanya kepadaMu segala puji,bila Engkau mengambil sesuatu daripadaku, maka Engkaulah yang dahulu memberinya. Bila Engkau menimpakan ujian kepadaku maka Engkaulah yang dulu menyembuhkanku. Engkau memberiku empat anggota dan Engkau ambil yang satunya. Hanya padaMu pujian dan rasa syukur.
Ia kembali pada Allah kerana mengharap pahala darinya kerana Allahlah yang menimpakan kepadanya ujian dan menetapkannya.Wahai sahabatku....ujian terkadang sukar dirasakan oleh jiwa,namun dengannya Allah mengangkat darjat para Nabi dan menghapuskan kesalahan orang-orang yang soleh....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ka'bah Night | powered by Blogger | created from Minima retouched by ics - id