Tuesday, November 30, 2010

Ad-Din

0 comments

Alhamdulillah..kerana masih lagi diberi nikmat untuk trus bernafas pada hari ni..dan insyaAllah..akan sy truskn perjuangan untk trus istiqamah untk mmberi pengisian yg terbaek buat blog ni...walaupun dari pndangan mata,tiada pa yg mnarik tntang blog ni..cantik pon x..hnya blog seorang amatur...bw nk bertatih dalam mnulis..tpi kalau x dimulakan nk bertatih pon x pandai..betol x??Menyedut isi-isi blogger laen dan mnghadamkannya dalam erti kata laen tidaklah salah bagi sy..tapi..tekad sy disini berlainan..sy ingin orang laen mnyedut pengisian yg sy berikan..walaupun x seberapa indah..maknanya x seberapa mendalam..tpi cukuplah sekadar untuk santapan kerohanian...
Sekadar perkongsian bersama tentang satu kisahorang-orang soleh yang amat menakjubkan yang dituturkan dengan indahnya sebagaimana yang dikisahkan Allah dalam Al-Quran .Secara dasarnay kisah ni mnceritakan tentang ramai orang-orang soleh mndapat musibah pada tubuhnya.
Para ulama',ahli sejarah dan para penulis biografi tokoh menulis sejarah hidup Urwah bin Az-Zubair.Dalam biografinya Allah ingin mengangkat darjatnya disisiNya,lalu Dia mencampakkan dan menimpakan ujian kepadanya di mana di tengah perjalanan menuju ke negeri Syam ia terkena penyakit gatal di kakinya.Para doktor yang datng sepakat mengatakan"kami kan memotong kakimu dari tapaknya."Dia berkata."Saya akan bersabar dan tidak ingin dipotong."Lalu penyakitnya merebak ke betisnya dan doktor pun berkata."Kami akan memotong dari betis."Dia berkata."saya akan bersabar dan tidak ingin dipotong."Akirnya penyakitnya merebak hingga ke paras peha dan kembali para doktor berkata."Tidak ada cara lain selain dari kakimu dipotong.Klau tidak dipotong ia akan mengancam nyawa."Dia menjawab."Allahlah tempat memohon pertolongan dan kami adalah milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali."
Doktor memberitahunya."Anda perlu meminum arak sebelum ia dipotong."Dia berkata."Subhanallah, akal yang diberikan Rabbku kepadaku adakah patut aku hilangkan dengan minuman keras?Demi Allah tidak!aku akan wuduk terlebih dahuludan setelah itu kamu boleh memotongnya."
Dia lalu berwuduk dan menghadap kiblat.Kemudian dia solat dan dalam solatnya dia bermunajat kepada Rabb keagungan. Dia membaca ayat-ayat Al-Quran yang jelas dengan sepenuh jiwanya.Lalu para doktor datng dengan membawa gergaji dan memotong kakinya.Ketika darah banyak terkeluar dia jatuh pengsan di wajahnya dan beberapa waktu kemudian dia tersedar.Mereka berkata."Semoga Allah memperbaiki kesabaranmu atas kepergian anakmu yang mati terpijak tunggangan khalifah."
Subhanallah,ketika dia pengsan,anaknya tepijak oleh tunggangan khalifah!Lihatlah kelembutan Allah dan hikmahNya dalam menetapkan takdir!
Urwah bin Zubair berkata."Al-Hamdulillah,inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Ya Allah hanya kepadaMu segala puji,bila Engkau mengambil sesuatu daripadaku, maka Engkaulah yang dahulu memberinya. Bila Engkau menimpakan ujian kepadaku maka Engkaulah yang dulu menyembuhkanku. Engkau memberiku empat anggota dan Engkau ambil yang satunya. Hanya padaMu pujian dan rasa syukur.
Ia kembali pada Allah kerana mengharap pahala darinya kerana Allahlah yang menimpakan kepadanya ujian dan menetapkannya.Wahai sahabatku....ujian terkadang sukar dirasakan oleh jiwa,namun dengannya Allah mengangkat darjat para Nabi dan menghapuskan kesalahan orang-orang yang soleh....

Sunday, November 28, 2010

~Ya Allah

0 comments

Ya Allah...
Dikala ini..ku titipkan rasa rasa kehambaanku padaMu
Kerdilnya diriku disisiMu..
Ku rasakan bumi ini cukup besar bagiku
Sehingga x terdaya kakiku melangkah lebih jauh..
Namun,ku sedar..besar bagiku..tidak bermakna besar bagiMu.
Ya Allah...
Tempatku berpijak bagaikan sebutir debu di angkasa
x membawa erti dan makna..
manakan bisa ku berdiri dengan penuh kesombongan dan keangkuhan.
sedangkan tiada ape pun kepunyaanku..
Ya Allah..
Kau sentiasa disisi,namun sering kali x ku sedari,
Ingin sekali,ku bebaskan minda ini,
kubuang hati yang penuh kekotoran ini,
supaya dapatku lebih mengenaliMU,
Kerana kekotoran yang mula menjalar dalam diri inilah,
yang membuatku semakin jauh darimu..
Ya Allah...
Hanya padaMu ku bersujud,
ku mohon,ku pinta Kau rahmatilah hidupku,
Kerana ingin sekali ku berteduh dibawah bayangan kasihMU...

nukilan hamba:zinnirahclear:

Friday, November 26, 2010

Coretan di keheningan pagi..~~

0 comments
Bukan sekali..tpi bnyak kali sy terpkir...prlukah sy jdikan blog ni sebagai sebagai medan bicara personel hidup saya...menjadikan blog ini sebagai open diary kehidupan saya..menceritakan tiap perkara yang saya rasakan indah untuk dikongsi bersama??saya mengambil masa yg ckup lame...dan amat lame..tapi masih tidak berjaya..bagi sy open diary kehidupan sy..tiap waktu yang dianugerahkan Allah dan tiap titipan rasa yang yang dirasai hanya layak untk sy berkngsi dengn Ilahi..bercerita dengnNya..mengadu padaNya..meluahkan rasa..hanyalah padaNya..Namun sy sedar..sedikit demi sedikit..sy x mampu untuk hidup hanya dalam keadaan bgtu..krana..Allah telah mngurniakan sy shabat2 yang saling cinta kerana Allah..walaupun tidak pernah dilihat..dipandang wajahnya..ukiran senyumannya..sopan pekertinya..ia tidak pernah mnjadi pnghalang untuk berkngsi cerita..Tetapi ttap dipasakkan didalam jiwa..Allah yang paling utama..Sy ada bc sbuah buku coretan Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni..dalam buku tu banyak diceritan tntang bagaimana hebatnya akal yng dikurniakan oleh Allah..dan akal itu sentiasa dibwah pnjagaannya..maka digunakan akal itu untk kta berfikr..belajar..mncari ilmu..dan berkngsi dngan yang lain..dan diceritakn juga tntang tidak dapat disampai ilmu itu melain melalui dua cara yang utama..iaitu..berpidato dan berkarya..samada menulis.dan sebagainya..disini sy mulai sedar..bagus juga wujudnya blog ni kalau dgunakan dngan cara yang betol..bnyak yang dapat disampaikn..kta mmpnyai imu..kita mnulis..berkarya di sini..dengan harapan ada yang ingn mnjenguk..mmbacanya disaban hari..dan bagi yg mmbca pula..ertinya memahami..mnghayati bahan yg dibacanya..maka tersebarlah ilmu kita ke segenap hati2 manusia..Banyk yg ingin sy kngsikan..tetapi..kekangan masa yang langsung tidak boleh sy jadikn alsan yg mnghimpit..krana sy yakin..kalau tidak kt wahai saudar/ri seISLAMku yang mnggunakn wadah ini sebaiknya?siapa lagi kalau bkn kita...alasan ilmu x berapa tinggi..x pandai menulis...x cukup masa hnyalah mainan dunia..sbbnya Allah x ciptakan sesuatu tanpa sbbnya..Allah x ciptakan sehari 24 jam kalau kt tdak akan pnya waktu yg seckpnya...Dia Maha mngetahui..kalau di blog inilah kita dapat mencari RABB..maka disini juga kita akan berada.....<3

Nafas Cinta Insyirah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

0 comments
Nafas Cinta Insyirah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Sunday, November 21, 2010

Penjagaan Allah terhadap Makhluknya

0 comments
Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Tirmiidzi dan Ahmad disebutkan bahawa Ibnu Abbas r.a berkata:makasudnya
"Aku dibonceng Rasulullah s.a.w.(diatas untanya),lalu baginda berkata"Wahai anak, sesungguhnya aku akn mengajarkan kpdamnu beberapa kalimat, jagalah Allah,nescaya Dia akan menjagamu,jagalah Allah nescaya kamu akan mendapatiNYA dihadapanmu(dengan pertolongannya),jika kamu meminta,mintalah daripadaNya,dan jika kamu memohon pertolngan ,mohonlah daripadaNya.
Ingatlah bahawa seluruh manusia sedang membantu untuk memberimu sesuatu yang bermanfaaat,nescaya mereka tidak akan dapat melakukanNya,kecuali terhadap apa yang telah ditetapkan Allah untukmu,dan sedandainya mereka bersepakat untuk menimpakan bahaya atasmu, nescaya mereka tidak akn dapat melakukannya kecuali pada apa yang telah ditetapkan Allah atas dirimu.Pena telah diangkat dan lembaran catatan telah kering"
Dalam Musnadnya Imam Ahmad ada menambahkan:
Ertinya:
"Dan sesungguhnya pertolongan ada bersama kesabaran,jalan keluarada bersama kesukaran dan bersam kesukaran ada kemudahan"

Ini merupakan wasiat Rasullulah kepada umat manusia yang terdahulu dan yang akan datang.
Sesetengah orang soleh ada yang berkata"Jika kamu ingin berwasiat(memberi nasihat)kepada temanmu,atau saudaramu,nescaya Allah akan menjagamu"
Salah seorang ulama' berkata "Aku renungkan hadith ini, maka aku hampir tidak sedar kebingungan kerana kandunagn maknanya yang mat agung"
Oleh keran aitu pula Sulaiman bin Daud a.s.berkata "Aku mempelajari apa-apa yang dipelajari manusia dan yang tidak dipelajari mereka,namun aku tidak mendapat(yang lebih mulia)dari penjagaan Allah baik dalam keadaan tersembunyi atau dilihat."
Hadith ini tidak ditujukan untuk kelompok manusia tertentu,tetapi ditujukan untuk para raja,para amir,para pegawai,para doktor,para jurutera,kalangan ahli perniagaan,para petani,kalangan tentera,lelaki dan wanita.
Allah yang menciptakan makhlukNya dan Dialah yang menjaga dan menguruskannya. Maka tidak ada satu binatang melata pun dimuka bumi melainkan atas Allah jaminan rezekinya.
Allah s.w.t. berfirman:
"Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang diantara para penyayang."(yusuf 64)
Ada orang melihat burung pipit terbang dari satu pohon ke satu pohon yang lain sambil membawa sepotong daging dimulutnya. Lalu daging itu diangkut keatas pohon kurma. Orang itu lalu naik ke atas pohon kurma tersebut dan disana dia melihat seekor ular buta dan sudah tua. Ketika burung pipit mendekatinya.dia membisikkkan,lalu ular itu membuka mulutnya dan dimasukkan daging tadi ke dalamnya. Begitulah seekor ular mendapat rezekinya diatas pohon kurma dari seekor burung pipit padahal dia buta!
Jadi siapakah yang mengajarkan burung itu? Dialah Tuhan yang Maha Esa, Dialah Rabbnya burung!Siapakah yang memberikan rezeki kepada ular ?Diala Zat yang Maha Hidup dan terus menguruskan makhlukNYA,Dialah Rabbnya ular itu!
Allah s.w.t berfirman:
"Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allahlah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya ditulis dalam kitab yang nyata(Lauhul Mahfuzh)."
Allah menjaga hambaNya yang menjagaNya dalam berbagai keadaan dan situasi dan tidak ada seorang pun yang dapat mengiranya.
Allah menjaganya dalam urusan agamanya, dan itulah sesuatu yang paling berharga bagi seorang muslim. Allah menjaganya dalam urusan dunianya dari pelbagai keburukan dan menunduk untuknya semua makhlukNya.
Ramai orang yang tidak sedar akan penjagaan Allah dalam urusan agamanya seringkali tidak difikirkan,walaupun perkara itu merupakan sesuatu yang amat penting. Allah menjaga hatinya daripada syubhat dan keraguan. Allah menjaganya daripada kemusyrikan dan kemunafikan. Allah menjaganya dari kebingungan dan kebimbangan dari prinsip asing yang merosakkan. Sementara semua manusia di sekelilingnya tidak tahu arah tujuan dan matlamat hidup. Sedangkan Dia Allah telah menjaganya, sehingga tahu jalan kebaikkan dan kebahagiaan.
Ketika menghadapi kematian ia dijaga oleh Allah(sakaratul maut),waktu dia akan berpisah dengan dunia, diamana itulah saat yang amat sukar keran syaitan amat berkeinginan untuk menyesatkannya.Namun seorang mukmin yang jujur diteguhkan oleh Allah dengan kalimat yang benar,"la ilaha illallah muhammadur Rasulullah"
Betapa ramai orany yang menyia-nyiakan batasan Allah!waktu maut akan menjemput,lisan mengkhianatinya,dia tidak mampu mengucapkan kalimat syahadah,lalu dia menyesal dan meratapi semua yang dibuatnya,padahal tidak ada lagi waktu penyesalan. Perkara itu disebabkan,dia tidak menjaga Allah,maka Allah pun tidak menjaganya.Maka dia pun rugi didunia dan akhirat dan itulah kerugian yang amat besar!

Tuesday, November 2, 2010

Bisakah???

0 comments
Bisakah sekali dalam hidup kita,kita tdak meminjam nikmat Allah???bisakah kita???mampukah kita??berdayakah kita??
Manusia kebiasaannya tidak dapat menerima sesuatu atau sukar untuk menerima sesuatu sekiranya tiada fakta yang kuat yang menyatakankan kewujudan sesuatu. Itulah hakikat manusia.Dan demi memenuhi kehendak manusia, kita setiap saat dihidangkan dengan fakta bahawa kita tidak dapat bernafas tanpa nikmat oksigen dari Allah.Mampukah manusia kerdil seperti kita ini?bisakah kita ini menciptakan walau sebutir molekul oksigen. Jika kita mampu,sudah pasti telah kita alirkannya dalam badan kita supaya tiada erti kematian datang menjengah. Namun, hakikatnya!!kita tidak mampu...kerana semuanya datang dari Allah..Tuhan sekalian Alam...tiada apa yang dapat kita banggakan kerana semuanya dari Allah. Betapa besar kasih sayang,dan pemurahnya Allah kerana telah memberi nikmat sebesar ini dalam hidup kita...dan tanpa kita sedar, kita tidak pernah membayar walau satu sen pun untuk itu dan tida keringat walaupun setitis untuk mndapatknnya.Itu baru satu nikmat yang Allah pnjamkan pada kita.Justeru mana hebatnya manusia yang sering kita bangga banggakan itu??? Kita tidak bisa melakukan sesuatu tanpa adanya Allah.Dan itulah hakikat sebenarnya. Hakikat yang kita sering lupakan sebagai hamba yang cukup kerdil disisi Allah. Kita lalai...kita lupa...kita amat susah...amat payah untuk mengabdikan diri padaNya dan menadah tangan mengucapkan syukur padaNYA..tanda terima kasih kita pada Allah keran telah memberi kita peluang untuk menggunakan nikmatnya. Jika kita mampu untuk berterima kasih pada manusia yang berbudi pada kita, masakan pula kita tdak bisa untuk mengucap syukur pada Allah?? Tapi itulah hakikat manusia...tiada kata untuk sesuatu yang tidak nmpak dimata walaupun Allah swt sentiasa disisi mereka. Bersyukur dengan setiap apa yang kita miliki sekarang..walaupun ianya hanya pinjaman semata mata.Manusia perlukan pencerahan setiap mase..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ka'bah Night | powered by Blogger | created from Minima retouched by ics - id