Monday, June 7, 2010

Kisah seorang lelaki yang termakan epal yang hayut di sungai.....

Kisahnya begini, adapun nama tuan punya kebun itu adalah Abdullah bin Saumai, dia merupakan seorang wali Allah di Gilan yang terletak di daerah Parsi. Beliau dari keturtunan Hussain iaitu cucu Rasullullah. Pemuda soleh yang memakan epal itu pula bernama Abu Soleh dari keturunan Imam Hassab. Manakala puteri Abdullah bin Saumai pula bernama Ummu Khair Fatimah.
Ringkas ceritanya begini, apabila Abu Soleh termakan epal yang hanyut itu. Dia segera mencari tuan punya pohon epal tersebut untuk memeinta dihalalkan buah yang dimakannya. Ketika bertemu dengan tuan punya kebun epal itu, Abdullah bin Saumai memberi dua syarat. Jika benar Abu Soleh mahu buah epal itu dihalalkn dan terlepas dari dosa, maka Abu Soleh harus menerima 2 syarat yang dikemukannya tadi. Kata Abdullah bin Saumai "Mahukan awak bekerja di kebun saya selama 12 tahun tanpa upah? Kemudian berkahwin dengan anak gadis saya yang pekak, kudung dan bisu?"
Abu Soleh pun bersetuju kerana dengan menerima dua syarat itu maka dia akan terlepas dari dosa memakan makanan haram. Dari situlah Abdullah bin Saumai menyedari betapa kuatnya iman Abu Soleh. Demi sebiji epal dia sanggup mencari tuan punya pohon epal dan bekerja selama 12 tahun tanpa gaji serta berkahwin denagn anaknya yang cacat.
Akhirnya pada suatu hari maka Abu Soleh pun berkahwinlah dengan anak Abdullah bin Saumai, dia terkejut melihat isterinya seorang yang cantik, sempurna anggota badan dan sihat sejahtera.
Lalu Abu Soleh pun bertanya kepada Abdullah bin Saumai"Adakah itu isteriku?" Lalu Abdullah menjawab,"Iya, itulah isterimu. Yang ku maksudkan dengan pekak ialah aku telah mengharamkan telinganya dari mendengar yang lagha. Yang aku maksudkan dengan buta ialah aku mengharamkan matanya dari melihat benda maksiat dan yang aku maksudkan dengan bisu ialah aku menharamkan lidahnya dari mempertuturkan perkara mungkar. Pergilah padanya, dia memang isterimu yang sah."
Hasil perkongsian hidup bersama Ummu Khair Fatimah, lahir seorang zuriat bernama Jallaluddin As-Sayuthi yang menjadi imam di zamannya. Dia juga menjadi adalah seorang awali Allah yang masyhur.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ka'bah Night | powered by Blogger | created from Minima retouched by ics - id