Thursday, June 10, 2010

MUJAHIDAH

0 comments
Wanita yang ku sayangi
Adalah pencinta Tuhannya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu, dan hari ke hari
Sehingga perjanjian di antara jasad
dan nyawanya berakhir

Wanita yang ku rindui
Adalah wanita yang dimata dan
wajahnya terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya sentiasa
membesarkan Allah

Wanita yang aku cintai
Yang menutup auratnya
dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Wanita yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan
hatiku yang telah jauh
Kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim
Namun aku tidak ada disana
Kerana aku dilamar oleh kebendaan dunia

Wanita yang aku kasihi
Yang bersyukur pada yang ada
Yang bersabar pada yang tiada
Cinta pada yang hidup yang sederhana
yang tidak bermatakan benda

Wanita yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk bakal putera-puteri yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuangan di belakang hari

Sesungguhnya
Wanita yang selalu berada di dalam doaku
Adalah diriku, dirimu, dan seluruh kaum Hawaku

Jadilah kita ....Wanita MUJAHIDAH yang diimpikan itu

Monday, June 7, 2010

Kisah seorang lelaki yang termakan epal yang hayut di sungai.....

0 comments
Kisahnya begini, adapun nama tuan punya kebun itu adalah Abdullah bin Saumai, dia merupakan seorang wali Allah di Gilan yang terletak di daerah Parsi. Beliau dari keturtunan Hussain iaitu cucu Rasullullah. Pemuda soleh yang memakan epal itu pula bernama Abu Soleh dari keturunan Imam Hassab. Manakala puteri Abdullah bin Saumai pula bernama Ummu Khair Fatimah.
Ringkas ceritanya begini, apabila Abu Soleh termakan epal yang hanyut itu. Dia segera mencari tuan punya pohon epal tersebut untuk memeinta dihalalkan buah yang dimakannya. Ketika bertemu dengan tuan punya kebun epal itu, Abdullah bin Saumai memberi dua syarat. Jika benar Abu Soleh mahu buah epal itu dihalalkn dan terlepas dari dosa, maka Abu Soleh harus menerima 2 syarat yang dikemukannya tadi. Kata Abdullah bin Saumai "Mahukan awak bekerja di kebun saya selama 12 tahun tanpa upah? Kemudian berkahwin dengan anak gadis saya yang pekak, kudung dan bisu?"
Abu Soleh pun bersetuju kerana dengan menerima dua syarat itu maka dia akan terlepas dari dosa memakan makanan haram. Dari situlah Abdullah bin Saumai menyedari betapa kuatnya iman Abu Soleh. Demi sebiji epal dia sanggup mencari tuan punya pohon epal dan bekerja selama 12 tahun tanpa gaji serta berkahwin denagn anaknya yang cacat.
Akhirnya pada suatu hari maka Abu Soleh pun berkahwinlah dengan anak Abdullah bin Saumai, dia terkejut melihat isterinya seorang yang cantik, sempurna anggota badan dan sihat sejahtera.
Lalu Abu Soleh pun bertanya kepada Abdullah bin Saumai"Adakah itu isteriku?" Lalu Abdullah menjawab,"Iya, itulah isterimu. Yang ku maksudkan dengan pekak ialah aku telah mengharamkan telinganya dari mendengar yang lagha. Yang aku maksudkan dengan buta ialah aku mengharamkan matanya dari melihat benda maksiat dan yang aku maksudkan dengan bisu ialah aku menharamkan lidahnya dari mempertuturkan perkara mungkar. Pergilah padanya, dia memang isterimu yang sah."
Hasil perkongsian hidup bersama Ummu Khair Fatimah, lahir seorang zuriat bernama Jallaluddin As-Sayuthi yang menjadi imam di zamannya. Dia juga menjadi adalah seorang awali Allah yang masyhur.

Kisah Umar Al-Khattab mencari pasangan untuk anaknye

0 comments
Khalifah Umar bin Al- Khattab telah memilih calon isteri untuk anaknya, Ashim dengan seorang gadis penjual susu. Beliau tidak melihat dari segi keturunan, pangkat atau kekayaannya, tetapi dia melihat dari segi agama dan akhlak yang luhur wanita itu. Ini kerana, pada suatu malam khalifah Umar sedang mmbuat tinjauan ke atas rakyat-ralyatnya. Sampailah Umar di sebuah rumah penduduk, ketika itu mereka sedangberbincang tentang sesuatu.Umar mendengar semua perbincangan mereka.
Seorang ibu berkata kepada anak perempuannya 'Anakku bangunlah, campurkanlah susu itu dengan air!'
Puterinya menjawab"Apakah ibu belom mendengar larangan daripada amirul mukminin?"
Ibu itu bertanya"Apakah larangan Amirul Mukmini itu?"Puterinya menjelaskan"Wahai ibu sesungguhnya amirul mukminin melarang umat Islam menjual susu yang dicampurkan dengan air."
Ibu itu berkata lagi" Cepatlah engkau campurkan susu itu dengan air, tidak usah kamu takut dengan Saidina Umar, kerana dia tidak melihatmu."
Puterinya menjawab"Wahai ibuku memangla Umar tidak melihat kita, tetapi tuhan yang disembah Umar melihat kita. Maafkan saya duhai ibu kerana tidak dapat memenuhi permintaan mu. Saya tidak mahu menjadi orang yang munafik mematuhi perintah di depan orang ramai, tetapi melanggar nya di belakang mereka.
"Khalifah Umar yang tegas itu mnjadi terharu hatinya. Umar berasa bangga dengan ketaqwaan gadis penjual susu itu. Setelah pagi, Umar mengarahkan puteranya Ashim supaya pergi ke rumah gadis tersebut.
" Wahai anakku pergilah ke rumah gadis si penjual susu, jika dia masih sendiri pinanglah dia, mudah mudahan Allah memberi kurnia padamu anak yang soleh."Ternyata dugaan Saidina Umar itu benar sekali. Ashim menikah dengan seorang wanita yang mulia dan dikurniakan anak perempuan yang bernama ummu Ashim. Kemudia Ummu Ashim menikah dengan Abdul Aziz bin Marwan dan mendapat seorang anak lelaki bernama Umar bin Abdul Aziz yang kemudiannya menjadi seorang khalifah yang terkenal dan bijaksana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Ka'bah Night | powered by Blogger | created from Minima retouched by ics - id